Home About Me Interests Photo Gallery Feedback

 

 

 

                 Geomorfologi Pinggir Pantai

TELUK
TANJUNG
PANTAI
TEBING TINGGI
GUA
GLOUP
BATU TUNGGUL
BETING PASIR
LAGUN
TOMBOLO
AGEN GEOMORFOLOGI
KECURAMAN PANTAI
PAYA BAKAU
 

 Pengenalan

  Definisi Geomorfologi

   Geomorfologi ialah salah satu bidang khusus dalam suatu kumpulan besar sains bumi. Ianya mengkaji dan menerangkan mengenai bentuk muka bumi dan proses yang berkenaan dengan pembentukannya dan perkembangannya. Istilah geomorfologi terdiri daripada tiga suku kata yunani iaitu;

 Geo (bumi) Morphe (bentuk) dan Logos (Ilmu atau pengetahuan)

  Verstappen, H.Th. (1983)

  “Geomorphology can be defined as ‘science’ dealing which landform making up the earth surface, both above and below sea level and stressing     their genesis and future development, as well as their environment contexts”. 

  Cook dan Doomkamp (1978)

  “Geomorfologi merupakan ilmu yang mengkaji tentang bentuk lahan, khususnya mengenai sifat, asal pembentukan, proses-proses perkembangan, dan komposisi materialnya”.

 

  Definisi Pinggir Pantai

   Zon pinggir pantai dapat didefinisikan sebagai satu jalur linear daratan dan ruang lautan yang terdapat berhampiran (merangkumi air dan juga bahagian daratan yang tenggelam), dan saling bergantung antara satu dengan lain. Zon ini merangkumi kawasan peralihan antara kawasan pasang surut, kawasan berpaya, dataran banjir pinggir pantai dan ke daratan dari dataran banjir serta keseluruhan kawasan pesisir yang disalirkan secara langsung ke perairan pinggir pantai. (Jamaluddin Md. Jahi, Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia: Isu dan Pengurusannya, DBP, K.L, m.s. 317).

   Dari segi proses fizikal khususnya proses geomorfologi, zon pinggir pantai merupakan zon yang paling kuat dan dinamik. Pelbagai proses geomorfologi yang dialaminya. Antaranya ialah tindakan ombak meliputi hakisan, pengangkutan dan pemendapan. Agen geomorfologi pantai yang paling aktif ialah ombak, arus laut, dan pasang surut.

 

BENTUK - BENTUK MUKA BUMI KESAN GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI 

 

1. TELUK 

     Teluk merupakan bahagian batuan lembut yang menganjur masuk ke daratan. Teluk biasanya terbentuk di pinggir pantai yang mempunyai batuan jenis lembut tidak tahan hakisan. Hakisan ombak terhadap batuan lembut akan menyebabkan kawasan tebing laut mengundur ke arah benua atau daratan. Biasanya teluk akan terbentuk secara mendalam ke arah benua dan terbentuk bersama – sama dengan tanjung. Seterusnya proses hakisan yang berterusan akan mendalamkan lagi bentuk muka bumi teluk yang terbentuk. Teluk ini sesuai dimajukan sebagai pelabuhan perikanan. Contohnya, Teluk Ramunia, Johor dan  Teluk Marudu, Sabah.

 

2. TANJUNG

      Merupakan daratan yang menganjur ke lautan. Terdiri daripada lapisan batuan keras yang tahan hakisan. Tanjung terbentuk daripada hakisan batuan lembut yang berada di kiri dan kanan batuan keras yang tahan hakisan. Batuan keras yang tahan hakisan telah membentuk tanjung.  Tanjung ini sangat penting dijadikan sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan. Selain itu, ia juga sesuai untuk pembinaan rumah api. Contohnya Tanjung Datu, Sarawak, Tanjung Tuan, Negeri Sembilan.

 

3. PANTAI

     Pantai secara umumnya terdapat di pinggir laut. Ia terbentuk akibat pemendapan pasir, lumpur dan batu kelikir di sepanjang pinggir laut. Pantai sering menjadi kawasan rekreasi dan tarikan pelancong. Contohnya, Pantai Teluk Likas dan Pantai Tanjung Aru, Sabah.

 

4. TEBING TINGGI

     Tebing tinggi merupakan Kawasan batuan keras yang bercerun curam di pinggir laut. Tebing tinggi ini terbentuk  akibat daripada terdapatnya batuan keras yang menegak di tebing lautan. Biasanya ini terbentuk hasil damparan ombak yang tidak mampu untuk menghakis batuan yang tahan hakisan. Lautan di kawasan ini mempunyai kedalaman yang tinggi dan curam tebingnya. Bentuk muka bumi ini penting untuk pembinaan rumah api dan sebagai kawasan rekreasi. Contohnya di tebing tinggi Kudat, Sabah dan tebing tinggi Tanjung Bunga, Pulau Pinang.

 

5. GUA LAUT

Gua terbentuk akibat hakisan ombak secara hidraul dan lelaan terhadap cenuram yang mempunyai banyak rekahan. Gua biasanya terbentuk di kawasan pantai batu kapur kerana batu kapur merupakan jenis batuan yang senang dilarutkan oleh air. Secara ringkasnya,  gua laut terhasil daripada pembesaran rekahan pada dinding tebing.

     Rekahan pada cenuram yang menghadap ke laut lazimnya berada di antara aras air pasang (AAP) dengan aras air surut (AAS). Ini menyebabkan bahagian ini terdedah kepada hakisan ombak. Tindakan hidraulik ombak akan memampatkan udara yang ada di dalam  rekahan dan menekan dinding rekahan. Proses hakisan ombak yang berterusan akan membesarkan rekahan dan akhirnya menjadi 'gua'.

 

6. GLOUP

     Kuasa tekanan ombak laut yang kuat memasuki dan menghempas dinding gua menyebabkan udara di dalamnya terhimpit. keadaan ini menyebabkan udara tersebut mencari jalan keluar melalui batuan lembut di sebelah atas gua tersebut. Batuan lembut yang mudah larut akan runtuh sedikit demi sedikit. Dalam tempoh masa panjang, lubang kecil akan terbentuk yang menyebabkan air laut akan memancut keluar ke atas. Lubang tersebut dipanggil Gloup  atau lohong ombak.

 

7. BATU TUNGGUL DAN TUNGGUL SISA

     Bentuk muka bumi ini sangat dipengaruhi oleh proses hakisan ombak dan gerakan jisim. Batu tunggul terbentuk hasil daripada runtuhan bumbung gerbang laut yang pada awalnya berasal daripada proses pembentukan gua laut. Disebabkan oleh kuasa hakisan ombak laut, angin dan arus laut yang berterusan menghentam dinding gua dan melalui preses luluhawa, bumbung gerbang laut akhirnya runtuh dan membentuk batu tunggul. Batu tunggul yang terdedah secara berterusan terhadap hakisan ombak kemudian  akan membentuk tunggul sisa.

 

8. BETING PASIR

      Beting pasir terdiri daripada pemendapan bahan - bahan regolit seperti pasir, batu kelikir, dan sisa batu tongkol. Beting pasir biasanya terbentuk selari dengan pinggir pantai atau bersudut tepat dengannya. Beting pasir juga merujuk kepada semua bentuk permatang pasir dan batu kelikir yang ditimbunkan oleh ombak dan arus lautan di pinggir atau pesisir pantai. Benting pasir boleh terdiri daripada beberapa jenis iaitu:

 - Beting Pasir Luar Pantai

 - Beting Pasir Muka Teluk

 - Tombolo

 

9. TOMBOLO

       Tombolo merupakan beting pasir yang menghubungkan sebuah pulau dengan tanah besar atau antara pulau - pulau. Tombolo wujud hasil pemendapan ombak yang terbiar di sekitar pulau sehingga menyebabkan bahagian belakang pulau terlindung daripada tindakan ombak laut. Ianya merupakan  sejenis beting pasir yang bersudut tepat dan bersambung dari pulau ke daratan. Kepetingan tombolo ialah sebagai kawasan rekreasi di sekitar kawasan tombolo  boleh dilakukan pebinaan  resort atau kawasan percutian

Menurut Bird ( 2008) , Tombolo merupakan salah satu hasil pembentukan daripada proses yang berlaku di pantai. Proses ini melibatkn pembentukan daripada pukulan ombak, proses .pengangkutan dan proses pemendapan. Tombolo ini umumnya berlaku disebabkan oleh ombak pembina. Tombolo merupakan beting pasir yang menghubungkan sebuah pulau ke tanah besar atau antara pulu-pulau yang lain. Tombolo wujud hasil pemendapan ombak yang terbiar di sekitar pulau sehingga menyebabkan bahagian belakang pulau terlindung dari tindakan hakisan ombak. Keadaan ini menyebabkan omak lemah di bahagian belakang memendapkan bahan regolit yang lama - kelamaan menjadi panjang dan akhirnya bersambung dengn daratan di belakangnya. Sebagai contoh di Pulau Pantai Chesil mengarah dari Britain hingga ke Pulau Portland (The New York Times Company, 2010).

   

 

 

 

 

  

 

 

     

Home | About Me | Interests | Photo Gallery | Feedback

This site was last updated 11/30/11