Make your own free website on Tripod.com

Antara agen geomorfologi yg bertindak di zon pinggir pantai ialah:

 

 

1.  Ombak, terbahagi 2;

 

Ombak Pembina mengangkut dan memendapkan bahan muatannya di pinggir pantai lalu

membentuk jaluran pantai yg lebar.

 

Ombak Pembinasa menghakis dan memusnahkan jaluran pantai yg telah dibina oleh
ombak pembina.
Biasa berlaku ketika ribut pada musim tengkujuh atau kesan
gelombang ‘Tsunami’ akibat gempa bumi dan gerakan tektonik di dasar laut.

 

2. Arus

Terdapat pelbagai jenis arus seperti arus pesisir pantai (hanyutan pesisir pantai)
terhasil drp perbezaan sudut damparan dan balikan ombak. Arus ini bergerak
disepanjang garis pantai dan mengangkut bahan pantai secarazig-zag’.

 

3. Arus pasang-surut

Agen pasang dan surut juga mempengaruhi bentuk-bentuk bumi di zon pinggir pantai khususnya di muara sungai. Pasang dan surut terjadi akibat putaran bumi di ataspaksinya.

 

4. Angin

Bertindak di zon luar pesisir yg tidak dicapai oleh tikas air pasang. Angin boleh

mengangkut, memendap dan memusnahkan bentuk-bentuk muka bumi yg terdapat di zon

luar pesisir.