Make your own free website on Tripod.com

Faktor mempengaruhi proses geomorfologi Pinggir Pantai

 

1.      Halaju angin Menentukan saiz dan kekuatan ombak.

Tiupan angin perlahan membolehkan ombak pembina terbentuk untuk memendapkan muatannya. Angin kencang menghasilkan ombak pembinasa yg bertindak menghasilkan hakisan.

 

2. Orientasi pantai

Pantai yg terdedah secara langsung kepada serangan ombak seperti kawasan pantai
timur Semenanjung Malaysia akan mengalami kadar hakisan yg kuat semasa Monsun
Timur Laut. Pantai yg terlindung pula akan mengalami kadar pemendapan yg tinggi
kerana di kawasan ini halaju ombak menjadi perlahan.

3. Kedalaman air

Kawasan pantai yg dalam mengalami kadar hakisan yg tinggi. Kawasan pantai yg cetekpula mengalami pemendapan yg tinggi kerana ombak kehilangan tenaga akibat geserandgn dasar pantai.

 

4. Faktor Geologi

Meliputi jenis dan ketahanan batuan serta struktur cerun tersebut. Pantai yg terbentuk oleh batuan yg keras tahan di hakis ombak dan pantai itu berbentuk tanjung. Pantai yang berbatuan lembut, mudah terhakis dan ia akan membentuk teluk.

 

5. Kualiti dan kuantiti bahan

Jika Ombak membawa muatan yg keras seperti batu kerikil dan batu tongkol maka
kadar hakisan pantai akan meningkat kerana bahan tersebut bertindak sebagai alat
penghakis yg berkesan.

Jika ombak membawa batuan yg lembut dalam kuantiti yg banyak seperti batu lada,
kulit-kulit kerang dan siput serta pasir laut akan mempengaruhi pemendapan di
pantai berkenaan.

 

 

6. Pertembungan arus laut dgn arus sungai

Pertembungan kedua-dua arus ini selalunya berlaku di muara. Kedua-dua arus kehilangan tenaga lalu memendapkan bahan-bahanya di dasar muara berkenaan. Kadar pemendapan bergantung kepada kuantiti bahan yg di bawa oleh kedua-dua arus.

 

7. Perbezaan tikas air pasang dan tikas air surut

Semakin besar beza maka zon yang boleh dihakis dan dimendapkan menjadi semakin lebar. Tikas air pasang yg tinggi dan tikas air surut yg rendah di muara akan
mempengaruhi kelebaran bahan muatan yg akan dimendapkan seterusnya kelebaran delta
yg akan terbentuk.

 

Faktor penyebab kelandaian dan kecuraman pantai

 

1. Jenis dan saiz bahan mendak (Sedimen)

Bahan mendak kasar akan membentuk pantai yang curam manakala bahan mendak halus
akan membentuk pantai yg landai. Taburan bijian pasir menunjukkan bijian kasar di sebelah atas cerun dan semakin halus menghala ke gigi air. Cerun pandai lebih curam di bahagian atas berbanding dgn bahagian bawah. Keadaan ini disebabkan tenaga damparan ombak lebih tinggi semasa menghempas pantai berbanding tenaga lurutannya.

 

2. Faktor jenis dan kekuatan ombak.

Ombak pembinasa (ombak junam) mempunyai tenaga kinetik yg kuat untuk menghempas dan memusnahkan cerun pantai. Selepas ombak ini berlaku cerun pantai yg landai bertukar menjadi ceun curam. Profil rentas pantai juga menjadi lebih pendek krn ombak ini mempunyai kusa hakis-angkut yg kuat. Sekiranya ombak pembina (ombak limpah) berlaku pantai akan banyak bahan enapan yg akan dimendapkan menjadi pantai yg landai.

 

 

 

 

 

3. Orientasi pantai

Pantai yg terdedah kepada lautan luas akan menerima damparan dan arus yg kuat
membantuk cerun yg curam seperti pantai timur Semenanjung Malaysia yg terdedah
kepada damparan ombak Laut China Selatan. Pantai yg terlindung pula akan menerima
damparan dan arus yang lemah yg membentuk cerun landai dengan bahan enapannya
seperti pantai barat Semenanjung Malaysia yang terlindung dari tiupan angin oleh
Pulau Sumatera.

4. Faktor manusia

Pantai yang dibangunkan dengan aktiviti penebangan pokok hutau pantai, mengorek
pasir dan mendalamkan muara sungai akan mengalami hakisan yang kuat menyebabkan
cerun pantai menjadi curam. Aktiviti penyuburan pantai seperti penanaman pokok rhu
dan bakau, membina benteng pecah ombak akan menyebabkan penambahan pasir pantai
yang menjadikan cerun landai.

 

5. Pengaruh arus

Arus pasang surut yang bergerak selari dengan garis pantai akan memendakkan bahan
enapan yang banyak jika pantai bersebelahan dengan muara sungai. Semakin banyak bahan mendapan yang di bawa arus maka cerun pantai menjadi landai. Pantai yang
berlumpur lebih landai berbanding pantai yang berpasir kerana ia mempunyai
kuantiti, mengalami serakan dan timbun-tambah bahan sedimen yang lebih banyak.

Hakisan Ombak